.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

Posted by bolingmsspp2018 on April 08, 2018

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG


1.         Undang-Undang Permainan

1.1               Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC)
1.2               Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3               Kejadian diluar dugaan dan tidak terdapat dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
1.3.1          Semua peraturan am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM MSSM.
1.3.2          Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Peraturan MTBC.
1.4               Semua keputusan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan MSSPP.

2.         Jenis Pertandingan

             2.1  Lelaki / Perempuan
·         Perseorangan
·         Beregu
·         All Event
·         Masters

2.2   Had Umur
·         18 tahun dan ke bawah
·         15 tahun dan ke bawah
·         12 tahun dan ke bawah

3.         Pendaftaran Pemain / Pembentukan Pasukan

      3.1    Penyertaan adalah terbuka kepada semua  sekolah .
      3.2    Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan 4 orang pemain individu dan
               dua acara beregu bagi setiap kategori.
  
4.                   Sistem Pertandingan

4.1               Acara Perseorangan

4.1.1          Setiap sekolah dibenarkan menghantar empat ( 4 ) orang peserta lelaki dan ( 4 ) orang  
             peserta perempuan bagi setiap kategori.
4.1.2          Peserta–peserta  kategori 18 tahun 15 dan12 tahun ke bawah diwajibkan bermain empat ( 4 ) games .Peserta dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah di kira pemenang.
            4.2        Acara Bergu
4.2.1          Setiap sekolah dibenarkan menghantar dua ( 2 ) pasangan bergu lelaki dan ( 2 )
             pasangan bergu perempuan bagi setiap kategori.
4.2.2          Peserta–peserta  setiap kategori diwajibkan bermain ( 4 ) games dan peserta dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang.
4.3            Acara All Event
4.3.1       Setiap peserta yang telah mengambil bahagian dalam acara perseorangan  
  dan bergu layak menyertai dalam acara ini.
4.3.2      Jatuhan Pin yang diperolehi oleh setiap peserta yang telah bermain lapan ( 8 ) games dengan jumlah jatuhan Pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang.

4.4        Acara Masters
4.4.1          Lapan ( 8) peserta lelaki dan lapan( 8 ) peserta perempuan bagi setiap kategori dengan jumlah jatuhan Pin tertinggi dalam acara All Event adalah layak menyertai acara ini.
4.4.2          Permainan akan diadakan sebanyal lapan( 8 ) games. Jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah dikira pemenang

4.5        .Pemilihan ke Roll Off
4.5.1          Lima (6) peserta lelaki dan lima(6) peserta perempuan bagi setiap kategori dan mendapat kedudukkan ketiga hingga kelapan dengan jumlah jatuhan pin all events ( 8 games) dan acara masters (8 games ) . Jumlah jatuhan Pin tertinggi keseluruhan dalam acara All Event dan masters adalah layak menyertai acara ini.
4.5.2          Pemain akan bermain sebanyak lapan (8 games). Dua orang pemain yang mendapat jumlah jatuhan teringgi daripada 8 games acara roll off akan mewakili MSSPP ke MSSM.

4.6        .Pemilihan ke MSSM
4.6.1          Dua orang Pemain dengan jatuhan pin tertinggi dalam acara master dan all Events bagi
setiap kategori adalah secara automatik mewakili MSSPP ke MSSM.
4.6.2  Dua orang lagi akan ditentukan melalui Roll off.

5.                   Cara Menentukan Keputusan

5.1               Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk mengesahkan keputusan perlawanan
             dalam skor yang disediakan.
      5.2        Keputusan setelah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran Pengerusi Teknik  
                   Pertandingan atau wakilnya.
     5.3        Individu atau pasukan yang membuat jatuhan pin terbanyak dikira sebagai pemenang.
                  Sekiranya seri, maka keputusan ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin permainan
                  terakhir. Jika masih seri jumlah jatuhan pin permainan kedua terakhir diambil kira dan
                  seterusnya.
      
6.                   Pakaian

6.1               Semua pasukan dan peserta dari sekolah mesti memakai pakaian seragam pasukannya.
6.2               Peserta–peserta dikehendaki memakai seluar panjang slack ( jeans tidak dibenarkan) dan baju berkolar ( tuck-in ) dan kemas untuk setiap sekolah .
6.3               Baju dan seluar sesuatu pasukan haruslah mempunyai warna yang seragam.

7.                   Alatan

7.1               Semua peserta diwajibkan mendaftarkan bola masing-masing bagi memastikan berat dan spesifikasi lain mematuhi peraturan.Peserta yang bermain dengan bola tanpa daftar akan mengakibatkan keputusannya tidak diiktiraf.
7.2               Sekiranya ada peserta yang membuat perubahan pada bolanya atau membuat Plugging semula pada bola yang telah diluluskan sebelum ini, bola tersebut mesti didaftarkan semula sebelum digunakan.

8.                   Kelewatan

8.1               Semua peserta mesti melapor diri selewat-lewatnya 30 minit sebelum sesuatu acara bermula.Peserta yang lewat akan kehilangan kelayakan dalan sesuatu acara itu.
8.2               Peraturan ini berkuatkuasa dalam semua acara.

9.         Menarik diri dan Menyerah Kalah

    9.1        Pihak  penganjur mempunyai kuasa untuk melantik seorang “Pacer” sekiranya ada  “Walk 
                  Over” dalam sesuatu acara atau bilangan peserta dalam sesuatu acara itu tidak mencukupi.
9.2        Pemain yang “Walk Over” atau menarik diri atas sebab-sebab yang dibenarkan akan diberi
             “blind score”
                                                    Lelaki                                        Perempuan

                B12                                60                                               40
                B15                                80                                               60
                B18                                100                                             80
               
10.        GANGGUAN PERMAINAN

10.1                  Pengerusi Teknik Pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk membuat arahan
                permainan yang terganggu disambung pada sepasang lorong baru sekiranya lorong di mana
                permainan itu berlangsung ditimpa kerosakan mesin.
10.2                  Permainan ( game ) yang terganggu itu mesti disambung dari frame di mana gangguan itu
          berlaku.

11.         BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH

11.1                  Bila seseorang pemain bermain diatas lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui sebelum  
          peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu dianggap sebagai “Bola Mati” (Dead
          Ball) dan pemain tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya pada lorong yang
          salah tadi.
11.2                  Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas pemain kemudian membaling bolanya,maka
          mata yang diperolehi itu akan diambil kira dan pemain tersebut dikehendaki bermain semula
          frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.
11.3                  Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui sebelum pemain kedua membaling skor akan  
          dibatalkan dan pemain tersebut dikehendaki membaling semula pada lorong yang sebenar.

12     MEMPERLAHANKAN PEMAINANAN ( SLOW BOWLING )

12.1            Seseorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui tentang hak
                   dan obligasinya seperti berikut :-

12.1.1      Seseorang peserta untuk bermain terlebih dahulu ( right of way ) terhadap pemain yang berada diatas lorong sebelah kirinya.
12.1.2      Mereka harus memberi laluan kepada pemain yang berada di atas lorong sebelah kanannya.
12.1.3      Semua pemain harus bersedia untuk bermain bila sampai gilirannya dan tidak harus melambatkan permainan itu.
12.1.4      Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan diatas, dia akan diberi
amaran dengan isyarat kad Putih untuk kesalahan pertama (tiada penalti),dan kad Kuning atas kesalahan kedua (tiada penalti).Untuk kesalahn ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok permainan, pemain tersebut akan diberi kad Merah dan sifar ( 0 ) mata untuk frame tersebut.

13.        KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK  
    
13.1                      Sekiranya berlaku sebarang “black out” dalam tv monitor dimana skor sesuatu permainan   yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka pemain-pemain   yang berkenaan dikehendaki bermain semula game tersebut.Akan tetapi jika skor telah             dicatatkan, maka permainan akan bersambung dari frame dimana permainan tersebut          berhenti sebelum ini.
13.2                      Game-game yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan.
13.3                      Pasukan dan pemain tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatu          permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu “black out” seumpama ini.

14-18 (...skip/)

19.         LARANGAN ( PROHIBITION )

19.1                      Peserta-peserta adalah dilarang daripada merokok ,minum minuman keras atau di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan.
19.2                      Sekiranya didapati ada peserta yang melanggar peraturan ini, beliau akan dibatalkan penyertaannya daripada kejohanan ini.
19.3                      Sekiranya berlaku perkara seperti ini, Pengerusi Teknik Pertandingan harus membawa kes ini kepada Jawatankuasa Teknikal supaya peserta ini digantung daripada seluruh pertandingan.Beliau juga akan dikenakan tindakan disiplin lain yang dianggap sesuai.
19.4                      Minuman dan tepung serta sebagainya tidak boleh ditinggalkan di atas meja console.


20.         BANTAHAN / TATATERTIB
              Rujuk Peraturan Am MSSM ( Bilangan 13 )

21.         JURI RAYUAN
             Rujuk Peraturan Am MSSM ( Bilangan 14 )

22.        Perkara Yang Tidak Dinyatakan
            Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
              Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.


23.        HADIAH
Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut :-
ACARA
E
P
G
K4
K5
K6
K7
K8









PERSEORANGAN LELAKI 18THN DAN KE BAWAH
1
1
1
1
1
1
1
1
PERSEORANGAN PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1
1
1
1
1
PERSEORANGAN LELAKI 15 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1
1
1
1
1
PERSEORANGAN PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1
1
1
1
1
PERSEORANGAN LELAKI 12 TAHUN DAN KE BAWAH
1
1
1
1
1
1
1
1
PERSEORANGAN PEREMPUAN 12 TAHUN DAN KE BAWAH
1
1
1
1
1
1
1
1
BERGU LELAKI 18 THN DAN KEBAWAH
1(2)
1(2)
1(2)
1(2)




BERGU PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH
1(2)
1(2)
1(2)
1(2)




BERGU LELAKI 15 THN DAN KE BAWAH
1(2)
1(2)
1(2)
1(2)




BERGU PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH
1(2)
1(2)
1(2)
1(2)




BERGU LELAKI 12 THN DAN KE BAWAH
1(2)
1(2)
1(2)
1(2)




BERGU PEREMPUAN 12 THN DAN KE BAWAH
1(2)
1(2)
1(2)
1(2)




ALL EVENTS LELAKI 18 THN DAN KE BAWAH
1
1
1
1




ALL EVENTS PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1




ALL EVENTS LELAKI 15 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1




ALL EVENTS PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1




ALL EVENTS LELAKI 12 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1




ALL EVENTS PEREMPUAN 12 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1




MASTERS LELAKI 18 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1
1
1
1
1
MASTERS PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1
1
1
1
1
MASTERS LELAKI 15 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1
1
1
1
1
MASTERS PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1
1
1
1
1
MASTERS LELAKI 12 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1
1
1
1
1
MASTERS PEREMPUAN 12 THN DAN KEBAWAH
1
1
1
1
1
1
1
1

a)  Sekolah  terbaik Lelaki                                              18 Tahun dan kebawah
b)  Sekolah terbaik Perempuan                                       18 Tahun dan kebawah
c)  Sekolah terbaik Lelaki                                               15 Tahun dan kebawah
d)  Sekolah terbaik Perempuan                                       15 Tahun dan kebawah
e)  Sekolah terbaik lelaki                                                12 Tahun dan ke bawah
f)   Sekolah terbaik perempuan                                        12 Tahun dan ke bawah

a)  Pemain  terbaik Lelaki                                               18 Tahun dan kebawah
b)  Pemain terbaik Perempuan                                        18 Tahun dan kebawah
c)  Pemain terbaik Lelaki                                                15 Tahun dan kebawah
d)  Pemain terbaik Perempuan                                        15 Tahun dan kebawah
e)  Pemain terbaik lelaki                                                 12 Tahun dan ke bawah
f)   Pemain terbaik perempuan                                        12 Tahun dan ke bawah


*** NOTA :-       Pemenang keseluruhan akan ditentukan mengikut pungutan pingat.

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site